Sunday, June 5, 2016

Emas putih ke Chrome

💢 Pegi kedai emas, tunjuk gelang...ada chrome putih...
Tokey cakap, "Amoiiii...ni talak laku....wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
➡Orang kita...lebih percaya tokey cina...tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk untung lebih.
➡Sepatutnye emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkan kalau ada batu/permata baru asingkn. Timbang emas sahaja
➡Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.
➡Chrome=saduran cat ke atas emas
➡Tukang emas letak chrome pada barang kemas untuk  nampak cantik & up to date. Bila sampai masa...hilang cat chrome dan kembali kepada warna emas asal
➡Ramai orang silap faham kalau barang kemas yang ada chrome tu, bila nak jual semula tak laku.
➡Ramai jugak yang beranggapan barang kemas yang ada chrome tu lebih mahal dari yang tak ada chrome. Sepatutnya sama sahaja.
➡ Emas putih pula adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau 'bleaching'
➡Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sebab platinum perlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
➡Kualiti emas putih adalah 17K dan harga lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan.
➡Isu emas kemik & calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga
➡Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu tidak akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.

➡ Wujudkan masyarakat celik emas di kalangan kita