Sunday, September 25, 2016

PAKEJ PAKEJ EMAS

🎀PAKEJ KEAHLIAN POWERGOLD🎀

Hubungi
STYLOGOLD
011 5259 9239
untuk menjadi keluarga emas

Dijemput Tuan/Puan/Cik pilih pakej berdasarkan TARGET, BAJET & MINAT.
😊👇

1. Pakej Gold (G) RM380
(Ahli merangkap Ejen)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡PERCUMA 0.5 gram Syiling Emas.
➡Dapat beli emas dengan Harga Ahli.
➡PERCUMA Website Powergold & Website Promosi.
➡Dapat Bonus Repurchase (RM1/gram)
💖8 Bonus ditawarkan.

2. Pakej Solid Gold (SG) RM450
(Ahli merangkap Ejen)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡PERCUMA 1 gram Goldbar.
➡Dapat beli emas dengan Harga Ahli.
➡Dapat Bonus Repurchase (RM1/gram).
➡PERCUMA Website Powergold & Website Promosi.
💖9 Bonus ditawarkan.

3. Pakej Super Power Gold (SPG) RM3800
(Ahli merangkap Stokis)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡PERCUMA 5 gram Goldbar.
➡Dapat beli emas dengan harga Stokis (kurang RM2 dari harga ahli).
➡PERCUMA Website Powergold & Website Promosi.
➡Dapat Bonus Repurchase (RM1/gram).
➡Upah key in repurchase (RM2/gram).
➡Upah register ahli baru 👇
    🌼Reg ahli : RM10
    🌼Reg stokis : RM100
💖11 Bonus ditawarkan.

4. Pakej Super Power Gold (SPG) RM4500
(Ahli merangkap Stokis)
🔮🔮🔮🔮🔮🔮
➡PERCUMA 10 gram Goldbar.
➡Dapat beli emas dengan harga Stokis (kurang RM2 dari harga ahli).
➡PERCUMA Website Powergold & Website Promosi.
➡Dapat Bonus Repurchase (RM1/gram).
➡Upah key in repurchase (RM2/gram).
➡Upah register ahli baru 👇
    🌼Reg ahli : RM10
    🌼Reg stokis : RM100
💖11 Bonus ditawarkan.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

🙋🏻Apa BEZA SPG RM3800 vs SPG RM4500?

💁🏻PERBEZAAN dari segi FREEGIFT.

💁🏻Kita boleh fikir & kira sendiri. Syarikat bagi pilihan samada nak join SPG RM3800/5g @ SPG RM4500/10g.

💁🏻Kat situ kita boleh lihat dgn hanya  tambah RM700 kita dah boleh dapat freegift 10g Goldbar ( RM19++ ). Jadi, untung kat situ RM19++ - RM700 = RM1200. RUGI ke? 😉

Tapi itu pilihan pada yg mampu.
Tiada paksaan. ☺

Tuan/Puan/Cik BERMINAT dgn pakej yg mana satu? 😁

BERMINAT untuk dapat INCOME dengan lebih pantas?
Saya sudi jelaskan. 😉

Pakej terbaru  berkuatkuasa 9/8/16👆👆👆

Wednesday, September 21, 2016

ROADTAX SIMPANAN EMAS

RAHSIA BAYAR ROADTAX DENGAN EMAS
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Saya nak kongsikan cara bagaimana membayar roadtax kereta dengan cara ansuran menggunakan emas. Diakhirnya anda dapat emas dan dapat roadtax 😊

👉 Katakanlah roadtax dan insuran anda berharga RM1200.
👉 Anda cadang nak mula simpan sebanyak RM200 setiap bulan.
👉 Tempoh roadtax : 12 bulan.

Maka setiap bulan anda gunakan duit yang anda nak simpan untuk bayar roadtax untuk beli emas 1 gram goldcoin/goldbar 999.9 ( harga pasaran RM180-RM200 ) jika ada lebihan simpan untuk tambah sekiranya harga emas naik lebih RM200.

Cukup 12 bulan anda ada 12 gram ditangan. Anda pergi ar rahnu anda gadai dan ambil 70% dari jumlah gadaian.

Contoh yang saya buat sendiri :
Harga ar rahnu beri ( nilai marhum ) = RM160/g
12pcs goldcoin/goldbar = 12 x RM160 = RM1920
Maksimum pinjam 70%
RM1920 x 0.7 = RM1344 ( duit hasil gadaian )

RM1344 - RM1200 ( bayar roadtax )
= RM144 ( baki simpan dalam tabung )

Anda hutang dengan arrahnu RM1344 ( tidak termasuk upah ) kan? Katalah anda teruskan step pertama cuma disini anda ada dua pilihan. Beli goldcoin/ goldbar semula atau bayar ansuran pada arrahnu untuk tebus semula emas anda.

Kalau anda bayar ansur stepnya begini :
Anda bahagikan hutang anda dengan RM200 ( simpanan bulanan anda )
RM1344 ÷ 200 = 7 bulan plus minus

Selama 7 bulan anda langsaikan hutang anda dengan arrahnu. Tepat bulan ke 7 anda tebus semula semua emas anda di arrahnu. Jadi ditangan anda sudah ada 12gram semula. Baki bulan sebelum roadtax anda mati ialah 5 bulan. 5 bulan tersebut anda teruskan beli emas. Cukup 12 bulan anda akan ada 12gram yang lama + 5 gram yang baru.

Total 17 gram. Next roadtax anda sudah tentu berkurang dari RM1200. Maka anda tak perlu gadai kesemua emas anda. Hanya gadai sekadar perlu dan ulang step awal semula.

Hasilnya setiap tahun anda akan dapat bayar roadtax dan dapat buat simpanan emas. Ini belum lagi ambil kira faktor harga emas meningkat. Stok emas anda akan jadi lebih berharga jika itu berlaku.

Banyak sebenarnya kebaikkan menabung emas. Maka simpanlah emas dari sekarang. Insyallah terlindung dari bahaya inflasi dan susut nilai matawang

Goldbar 1 g
Goldcoin 1 g
Harga mampu milik!!
Simpan 1 bulan 1 gram
___________________________

Simpanan EMAS FIZIKAL adalah simpanan terbaik untuk kita semua. Permulaan yang baik, mulakan Istiqamah dengan menyimpan
STYLOGOLD
011 5259 9239

Sunday, September 18, 2016

CERITA EMAS

🌸 😀..emas laku 1 dunia..bukan kt msia shj

🌸 Kilang emas di p.pinang ANTARA TERBESAR DI DUNIA: 80% JUALAN KE DUBAI dan luar negara.

🌸 Jika 1gram emas pun orang msia tak mahu beli...kita masih boleh jual kt luar.

🌸 Fikir yg kita mampu buat shj...lain2 kita doa dan tawakal kpd Allah.....sejarah mesir melalu nabi yusuff telah ditunjukan cara 7thn ekonomi bagus 7thn ekonomi merosot.

🌸 Kita selalu FIKIRKAN PERKARA DI LUAR KAWALAN KITA.....

🌸 Harga EMAS NAIK @TURUN tidak bg kesan kpd peniaga emas kerana acc dikira dlm gram bukan RM. ...yg berlaku adalah nilai matawang NAIK@TURUN...di sini lah kita perlu ilmu.

🌸 Harga EMAS NAIK @TURUN tidak bg kesan kpd peniaga emas kerana acc dikira dlm gram bukan RM. ...yg berlaku adalah nilai matawang NAIK@TURUN...di sini lah kita perlu ilmu.

🌸 Ikut pengalamat sy=dlm apa2 situasi PASTI ADA YG MENJADI JUTAWAN.....

🌸 Kita dah lalui ekonomi merosot thn 1997.....keadaan masa tu lg le teruk.sebab ramai tak ada kerja

🌸 Sy bg contoh mudah....thn 1997 shm mayb tinggal rm3 shj.....jika kita yakin dan ada tunai masa tu....beli: 3juta....pada thn 2001...saham mayb naik ke rm12 @ 12juta.

🌸 Bila ekonomi jatuh...ramai akan susah dan JUAL EMAS

🌸 Kpd peniaga emas= bila ekonomi rancak=sale EMAS BARU ....

🌸 so...peniaga emas sentiasa ada bisnes...tak kira situasi ekonomi.

🌸 Fikir mcm ni....CAMBODIA perang:nilai duit jd =0
Mereka bawa emas ke msia=jual emas buka kedai pakaian yg besar2...sampai sekarang ada banyak kedai2 mereka di utara.

🌸 Lgpun emas tak dikira cop dan keluaran mana...nilai tetap sama dikira %emas dlm berat.

🌸 So....kita tambah lah ilmu emas dr masa ke semasa.

🌸 Jng fikir sangat bab ekonomi yg yg terbalik dan menjunam....kita tak mampu ubah.
Kita fikir bgmana cara nak sesuaikan diri dlm semua situasi ekonomi.....

🌸 Tokey kilang emas
Tokey kedai emas
Tokey emas..
Anda yg bisnes emas.......dlm keadaan manapun EMAS tetap jd kawan terbaik.
Kerana EMAS disebut dlm alquran=wajib zakat....maksudnya NILAI nya dijamin ..bukan oleh manusia.😀

STYLOGOLD@RAJA JAIDI
011 5259 9239

Perunding Simpanan Emas Anda💕

Monday, September 5, 2016

DINAR & DIRHAM

APA ITU DINAR EMAS DAN DIRHAM
STYLOGOLD 011 5259 9239

DINAR EMAS
Dinar ialah syiling emas. Ia adalah mata wang syariah, selain itu juga dinar emas digunakan untuk membayar zakat, mas kahwin, tabungan, bahan perantara, hadiah, sedekah dan diyah.
PIAWAIAN UMAR AL KHATTAB
Khalifah islam kedua, Saidina Umar al-Khattab radhiy allahu anhu telah menetapkan timbangan berat 10 dirham bersamaan 7 mithqal (berat dinar) emas. Tumpuan ukuran piawaian ini bukanlah pada harga emas tetapi kepada berat logam-logam tersebut.
DINAR MATA WANG SYARIAH
Nas dan dalil telah menyebut dan mengaitkan banyak [penghakiman kepada kedua-duanya, contohnya adalah zakat, nikah kahwin, hudud dan lain-lain, oleh itu dalam nas dan dalil, dinar turut menjadi asas untuk penilaian (zakat, dan lain-lain) dengan ukurun tertentu, berbanding dengan lain-lain syiling yang bukan syarii.
"Ketahuilah adanya ijma berat sepuluh dirham syariah itu bersamaan dengan tujuh mithqal (berat dinar) emas. Berat satu mithqal emas ialah tujuh puluh dua biji barli . Semua ukuran dan timbangan ini sudah pun sepakat diterima.
( Ibn Khaldun,al-Muqaddimah)
ASAL USUL DINAR DIRHAM
Pada mulanya orang islam menggunakan emas dan perak mengikut berat iaitu denarius (syiling emas) daripada empayar Romawi dan Drachma (syiling perak) daripada empayar Sasan, Parsi yang berlegar sebagai mata wang pada waktu itu.
Apabila Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa sallam dipilih sebagai Rasul, kedua-dua syiling itu dikenali oleh masyarakat Arab sebagai dinar dan dirham, dinaikkan taraf sebagai mata wang rasmi dalam urusan perniagaan. Di zaman keempat-empat Khulafah Al-Rashidin, kalimah-kalimah tauhid seperti La ilaha illallah, Alhamdulillah, Bismillah, Bismillahi Rabbi, Rabbi Allah telah diukir pada drachma empayar Sasan yang masih mengekalkan gambar Maharaja Sasan pada masa itu.
Semasa pemerintahan Saidina Uthman bin Affan radhiy allahu anhu, buat pertama kalinya orang Islam mencatat tarikh takwim Islam dan tempat ia ditempa pada drachma perak Maharaja Sasan, Yezdigird III.
Syiling-syiling dinar dan dirham ini berbeza daripada yang terdahulu kerana pada bahagian hadapan terdapat tulisan Bismillah dalam bahasa Arab. Selepas itu, menjadi kebiasaan syiling dinar dan dirham yang ditempa orang islam mengandungi nama Allah dan sebagian ayat al-Quran.
DINAR DIRHAM ISLAM PERTAMA
Pada tahun 77 hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-stiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.
Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illallah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi beserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram.
Dua tahun kemudian dirham islam dengan corak baru itu ditempa pada berat terkawal 2.97 gram. Pada bahagian haapan tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilahu illallah wahduhu La syari kalah. Di bahagian belakang tertera surah al-Ikhlas dan sebahagian surah at-Taubah ayat 33.
Dinar dan dirham bercorak biru itu berbentuk bulat dan biasanya dihiasi dengan tahlil dan tahmid iaitu La ilaha illallah dan Alhamdulillah di satu nuka dan nama Amir atau Wazir, tarikh dan tempat ia ditempa pada muka yang lain.
Dengan tertempanya dinar dan dirham sedemikian, Khalifah Abd Malik ibn Marwan telah melaksanakan ketetapan Piawaian Umar al.khattab kepada kedua-dua mata wang syariah itu.
AYAT QURAN DI DINAR DIRHAM
Taqyuddin Al-Maqrizi dalam kitabnya Ighatatul ummah bi kash fil ghummah merujuk kepada imam Malik ibn Anas radhiy allahu anhu tentang hal ini. Imam Malik ditanya tentang perlu mengubah tulisan dalam syiling dirham dan dinar kerana tertera ayat Quran. Dia menjawab;
" Banyak orang menjalankan kaedah agama ketika syiling pertama ditempa pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan. Dan tak seorangpun melarangnya dan saya tidak  pernah menemukan seorang ulama pun yang melarangnya, meskipun telah sampai kepada saya bahawa Ibn Sirim ( seorang Tabi'in yang dikenal sebagai perawi hadith-meninggal 110H) membenci penggunaan syiling-syiling tersebut dalam jual beli, masyarakat tetap menggunakannya dan saya tidak pernah melihat seorang pun yang melarangnya di sini (di Kota Madinah)
Abd al-Malik ibn Marwan sendiri pernah ditegur oleh seorang mengenai hal tersebut yang kisahnya juga diriwayatkan oleh Maqrizi;
Dirham putih ini tertera ayat Quran dan dipegang oleh orang Yahudi, Kristian,dan orang-orang yang tidak suci (tidak dalam keadaan berwuduk) dan perempuan-perempuan yang sedang haid. Sebaiknya anda menghapuskannya. 'Jawapan sang Khalifah, Apakah anda menghendaki kaum lain menuduh kita menghapuskan keyakinan akan tauhid dan nama Rasul salallahu 'alalihi wasallam?"
DINAR DIRHAM MASA KINI
Dinar dirkam masa kini ditempa mengikut Piawaan Umar al-Khattab. Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (917) dan setiap dirham ialah seberat 2.975 gram perak tulin (999). Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islam Mint (WIM), badan dunia pertama yang mempekenalkan semula semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.
KEPENTINGAN DINAR DIRHAM
Sejak permulaan islam sehinggalah jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun1925, dinar dan dirham merupakan mata wang rasmi orang dalam urusan berjual beli harian, membayar zakat, mahar dan lain-lain lagi.
Dinar dan dirham ialah mata wany syariah . Penggunaan semula dinar dan dirham secara meluas dalam semua jenis urusan kewangan akan membolehkan kita menegakkan semula hukum-hukum syariah dalam bermuamalat di samping mengembalikan kekayaan sebenar kepada masyarakat.
Sebelum mata wang diperkenalkan mata wang emas dan perak juga tidak asing bagi orang bukan Islam. Kesemua tamadun besar dunia di Eropah, India, China, Afrika turut menggunakan syiling emas dan perak malah kedua-dua syiling itu juga amat rapat dengan kehidupan dan kebudayaan harian mereka.
KEBEBASAN
Kembalilah kepada mata wang emas dan perak. Dinar dan dirham ialah sebahagian daripada wahyu dan sunnah. Dinar dan dirham menawarkan kestabilan dan ketertilan. Dinar dan dirham ialah  jawapan kepada manipulasi wang kertas. Dinar dan dirham ialah kebebasan.
Membeli Dinar Emas/ Dinar Emas Kelantan
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram