Sunday, June 5, 2016

Emas putih ke Chrome

💢 Pegi kedai emas, tunjuk gelang...ada chrome putih...
Tokey cakap, "Amoiiii...ni talak laku....wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
Orang kita...lebih percaya tokey cina...tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka untuk untung lebih.
Sepatutnye emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkan kalau ada batu/permata baru asingkn. Timbang emas sahaja
Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.
Chrome=saduran cat ke atas emas
Tukang emas letak chrome pada barang kemas untuk  nampak cantik & up to date. Bila sampai masa...hilang cat chrome dan kembali kepada warna emas asal
Ramai orang silap faham kalau barang kemas yang ada chrome tu, bila nak jual semula tak laku.
Ramai jugak yang beranggapan barang kemas yang ada chrome tu lebih mahal dari yang tak ada chrome. Sepatutnya sama sahaja.
Emas putih pula adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau 'bleaching'
Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sebab platinum perlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harga lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih tidak sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan.
Isu emas kemik & calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga
Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu tidak akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.

Wujudkan masyarakat celik emas di kalangan kita