Saturday, June 18, 2016


VIDEO STYLOGOLD stockist POWERGOLD 011 5259 9239

SOAL JAWAB TENTANG EMAS
SOALAN
Ada program yang menawarkan skim simpanan RM100 setiap bulan dengan tempoh matang selama 15 tahun, dimana 3 tahun sekali akan dibayar dividen hasil dari skim berkenaan. Mana lagi untung, simpan dalam skim berkenaan atau simpan EMAS sendiri?
JAWAPAN
Wang anda RM100 » masuk skim RM100
Rumusan
1. Ditangan anda kurang RM100 setiap bulan
2. Wang tidak dapat ditunaikan semula sekiranya ada apa-apa keperluan
3. Wang anda pada orang, walaupun bukan BANK, tapi masih pada orang lain, tidak digalakkan jika kurang KEMAMPUAN
Wang anda RM100 » beli EMAS dalam lingkungan RM100
Rumusan
1. Beli EMAS dapat EMAS, ia berada di tangan
2. EMAS boleh dicairkan untuk RM sama ada di ArRahnu atau menjualnya
3. Semakin bertambah EMAS, semakin besar peluang anda untuk tidak bergantung kepada BANK seandainya anda memerlukan tambahan kewangan. Dengan kata lain, lebih banyak menyimpan EMAS, lebih mudah keluarkan diri dari hutang dan cengkaman RIBA dari wang kertas dan BANK

Wallahualam 😊
ZAKAT EMAS

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00