Saturday, July 23, 2016

IRFAN KHAIRI JUTAWAN INTERNET JOIN POWERGOLD





















STYLOGOLD 
011 5259 9239

INFO POWERGOLD



 
HUBUNGI STYLOGOLD 011 5259 9239

TATACARA DAN FUNGSI ARRAHNU

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%.

Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:

1️⃣Di mana tempat pajak emas?

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu.

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

2️⃣Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

3️⃣Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

4️⃣Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Powergold Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada
1) anda ditipu oleh penjual, atau
2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

5️⃣Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

6️⃣Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

7️⃣Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!

Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Moga bermanfaat, insyaAllah.

PENGIRAAN ARRAHNU


Saya membeli goldbar 20g di powergold pada 13/5/2015 Dgn harga RM3049.00 dan memajaknya di arrahnu..

Pengiraan di arrahnu..

Andaikan nilai semasa di arrahnu sama dgn nilai semasa di powergold utk memudahkn pengiraan & pemahaman..

Nilai marhun..
(Harga semasa arrahnu x berat emas yg dipajak)

🌾 Rm156 x 20gram
    = RM 3,120.00

Pinjaman (70% dr nilai marhun)

🌾 RM 3120 X 70%
  = RM 2,184.00
(Nilai pinjaman yg anda dapat)...

Upah simpan ( 0.7% dr nilai marhun)

🌾 RM3120 x 0.75%/bln
= RM 23.40 Sebulan
= RM 23.40 x 12bln
= RM 280.10..
(Upah simpan emas 20g dlm setahun adalah RM280.10 @ 9%)

Jumlah keseluruhan yg perlu dibayar ke arrahnu..

🌾 jumlah pinjaman + upah simpan
= RM2184 + 280.10
= 2464.10....
= 2464.10 / 12 bulan
= 205.40 sebulan

Saya perlu menyimpan RM205.40 sebulan utk menebus emas 20g yg dipajak...

Sebelum genap setahun..   Saya telah menebus emas 20g pada 13/7/2016 dan jumlah dibayar pd arrahnu rm2464.10... Emas berada ditangan saya & pada masa itu harga emas 20g bernilai RM3889.00.. Ketika saya membeli tahun lepas harganya RM3049 dan kini bernilai RM3889.. Harga emas meningkat 27% dlm setahun...

Pengiraan kenaikan harga emas..

🌾( harga terkini - harga beli) ÷ harga beli x 100%
= (3889 - 3049) ÷ 3049 x 100%
= (840 ÷ 3049) x 100%
= 27.55%
=+- 27%..

Jika ipad saya beli sebelum ini berharga rm1999..
Pinjaman dari arrahnu rm2184.
Baki = 2184 - 1999
        = rm280

Harga nilai terkini emas 20g rm3889 (setelah kenaikan 27%)

Upah simpan yang perlu saya bayar untuk 12 bulan untuk 20g ialah RM280.

RM3889-RM280 = RM3609

Jadi, saya telah untung sebanyak RM560 (3609-3049), ditambah pula dengan baki RM185 yang tidak digunakan tadi. Jumlah semuanya ialah RM745.

Ini bermakna Ipad yang saya beli itu berharga RM1254.
RM1999-RM745=RM1254

Saya berjaya menjimatkan wang sebanyak RM745 dengan menyandarkan wang saya kepada emas.

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan?

Justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas.

*" PowerGold We Share,We Care"*

APA KATA PAKAR..DR AZIZAN..POINT#2

Ini ingatan buat anda yang suka diingatkan dan ambil perhatian sebelum buat keputusan untuk melabur duit takut-takut melebur:-

#1 –  Jangan Gelojoh Bila Terima Tawaran Pelaburan

Jangan “melabur” wang atau cuba fikir banyak kali bilamana ada orang buka tawaran kepada anda untuk terlibat dalam pelaburan samada emas, hartanah, perniagaan, tanam pokok kayu atau apa sahaja jenis yang mereka panggil “pelaburan” atau “perkongsian keuntungan”.

#2 – Melabur Emas Untuk Dapat Emas Fizikal

Jika anda melabur beli emas anda sepatutnya dapat emas fizikal ditangan, emas tulen ikut nilai yang ada laburkan atau beli. Kecuali anda menyimpan di akaun simpanan emas di Bank seperti ArRajhi, Maybank atau Public Bank.

#3 – Gunakan Khidmat Nasihat Peguam Bertauliah

Jika anda mahu melabur kepada syarikat orang lain, jangan serah duit tanpa ada khidmat nasihat peguam luar anda sendiri serta kena faham apakah tahap pemilikan dan kuasa  anda terhadap wang tersebut serta syarikat tersebut.

#4 -Hati Hati Dengan Skim Bertopengkan MLM

Ada satu lagi skim pelaburan yang meragukan adalah dengan beroperasi atas nama kononnya MLM (Network Marketing Company) sedangkan sebenarnya mereka tidak ada lesen AJL (Akta Jualan Langsung) dan skim mereka adalah ‘money game’.
Dan kadang-kadang mereka ada lesen, tetapi mereka cipta ‘money game’ dengan pelbagai rupa. Bukan semua syarikat MLM/Network Marketing company tidak bagus, banyak yang baik samada dari Malaysia atau negara luar.
Ia cara mudah untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Cuma disebabkan 2-3 syarikat yang buat skim cepat kaya, maka ia merosakkan yang lain. Saya tidak buat MLM, saya cakap fakta kerana saya mengkaji tentang bisnes.

#5 – Jauhi Skim Yang Berorientasikan ‘Money Game’

Apa contoh ‘money game’? Anda masuk duit kononnya beli sesuatu tetapi pada harga yang tidak munasabah kemudian anda perlu samada tunggu 2 downline cukup. Serta mereka akan beritahu tidak perlu cari orang, duduk diam-diam kemudian tunggu dapat duit. Atau jika anda mahu cepat, anda boleh ajak kawan-kawan sertai juga.
Atau anda kononya beli kopi 100 gram berharga RM1,000 (Kopi apa harga RM1,000 untuk 100 gram?). Kemudian kena dapatkan 2 orang bawahan beli kopi macam anda kemudian anda akan dibayar komisen berpasangan ‘pairing’. Ada lagi hebat, ketua mereka beritahu anda tidak perlu buat apa-apa, berdoa sahaja kemudian anda akan dapat duit atau cium duit tiap-tiap hari kemudian duit datang sendiri.

#6 – Tiada Individu Yang Punyai Hak Sah Untuk Kumpul Duit

Deposit Wang Haram –  Cuba faham perkara ni. Tidak ada sesiapa di Malaysia boleh kumpul duit atau ambil duit orang lain dengan sah untuk pelaburan melainkan anda adalah bank, syarikat Unit Trust, koperasi, Tabung Haji, KWSP dan syarikat ‘Public Listed’ tersenarai di Bursa Malaysia melalui pembelian saham di syarikat firma pembrokeran saham. Anda boleh menjadi pemegang saham kepada syarikat Sendirian Berhad atau Berhad tetapi anda perlu faham apakah syarikat yang anda laburkan duit anda?

#7 – Jangan Mudah Percaya Melabur Pada Individu

Poinnya , fahami apa risiko anda. Sekiranya anda melabur, apakah tahap risiko hilang duit itu? Jangan melabur kepada individu. Jangan percaya dengan mudah sesiapa pun bila ia melibatkan hal duit. Hati-hati bila mereka janji anda boleh dapat pulangan yang dijanjikan seperti 10-12% sebulan. Jika ia bagus, Bank Negara pun akan simpan duit dengan mereka. Hubungi talian Bank Negara atau layari laman web mereka untuk pengesahan.

#8 – Semua Pelaburan Adalah Bagus Jika Anda Belajar Ilmu Yang Betul

Pelaburan hartanah, emas, saham, amanah saham, perniagaan dan instrumen yang lain adalah bagus tetapi anda mestilah ada ilmu dan strategi yang terbukti berjaya.

#9 – Labur Masa Untuk Belajar Dari Formula Pengalaman Orang Lain

Pelaburan ilmu juga bagus dan penting tetapi jangan melabur hanya untuk dapatkan ilmu tetapi melabur untuk belajar pelajaran dari kesilapan orang lain, formula kejayaan dan pengalaman orang lain yang telah terbukti berjaya berulang kali. Ya, bukan hanya kepada dirinya tetapi setiap mereka yang mempraktikkan formula mereka. Ia meningkatkan peluang anda berjaya, dengan izin Allah.
Setiap pelaburan ada risiko tetapi risiko paling besar adalah bila anda tidak tahu apa yang anda laburkan atau mana pergi duit tersebut.