ZAKAT EMAS
Untuk pengetahuan anda emas dan
perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat
jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa
iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai
berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan
dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas
dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka
khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak
dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka
dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu
simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua
keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak
dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak
dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau
dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai
atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram
jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama
setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai
(sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai
perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat
ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan
pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan
kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah
nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di
Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda
bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai
ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan
adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x
(100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa
RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00