Emas putih ke Chrome
💢 Pegi kedai emas, tunjuk gelang...ada chrome
putih...
Tokey cakap, "Amoiiii...ni
talak laku....wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak
ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
➡Orang
kita...lebih percaya tokey cina...tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah
strategi mereka untuk untung lebih.
➡Sepatutnye
emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkan kalau ada batu/permata baru
asingkn. Timbang emas sahaja
➡Yang
calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.
➡Chrome=saduran
cat ke atas emas
➡Tukang
emas letak chrome pada barang kemas untuk nampak cantik & up to date. Bila sampai
masa...hilang cat chrome dan kembali kepada warna emas asal
➡Ramai orang
silap faham kalau barang kemas yang ada chrome tu, bila nak jual semula tak
laku.
➡Ramai
jugak yang beranggapan barang kemas yang ada chrome tu lebih mahal dari yang
tak ada chrome. Sepatutnya sama sahaja.
➡ Emas
putih pula adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau 'bleaching'
➡Emas putih
dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih
murah berbanding platinum sebab platinum perlukan suhu yang tinggi untuk meleburkannya.
➡Kualiti
emas putih adalah 17K dan harga lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih
tidak sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila
dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan.
➡Isu emas
kemik & calar tidak diterima pun sama juga. Kononnya tidak laku &
mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga
➡Sebab tu
ilmu penting. Bila kita ada ilmu tidak akan senang ditipu & dimanipulasi
pihak lain.