Monday, October 17, 2016

ANALISA EMAS

*ANALISA EKONOMI DARI BUKAN PAKAR EKONOMI.*

*Fakta :*

Kenaikan harga emas sejak tahun 2000 ialah 400%.
Kenaikan nilai inflasi sejak tahun 2000 ialah 150%.

*Apa maksud inflasi naik?*

Inflasi naik = barang naik = nilai RM turun = kuasa beli turun = kita makin jatuh miskin walau ada banyak duit.

Maksudnya, dengan jumlah wang yang sama, kita sudah tidak boleh membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama. Nilai inflasi yang menaik merujuk kepada kuasa beli yang semakin melemah. Sejak tahun 2000 kita jatuh miskin 150% dengan jumlah duit yang sama yang kita ada.

Kadang-kadang, duit kita atau pendapatan kita mungkin bertambah. Tetapi tidak sempat kita nak menampung dengan kenaikan inflasi yang begitu banyak iaitu sebanyak 150%.

Saya  bagi satu contoh mudah :

Tahun 2005, harga sebuah kereta Myvi ialah RM40000. Harga segram emas ialah RM50.

Maknanya, dengan sekilo emas bernilai RM50000, kita boleh beli sebuah myvi + kita ada lebih kuasa beli sebanyak RM10000 lagi untuk tambah aksesori dan sebagainya.

Tahun 2016, harga myvi sudah dah naik ke RM50000 sebuah. Jika kita masih lagi simpan duit RM40000 kita dulu, ia sudah tidak mampu membeli sebiji myvi. Tak cukup RM10000.

Tapi kalau sekilo emas yg nilai dia RM50000 pada tahun 2005 dulu masih lagi disimpan, ia kini bernilai RM181000 sekarang. Ia bukan saja boleh membeli myvi, tetapi 3 buah myvi!

Maksudnya apa?

Kenaikan harga emas sebanyak 400% bermaksud penyimpan emas boleh jadi lebih kaya walaupun dengan berat emas yang sama.

Harga emas naik = kuasa beli lebih kuat = nilai kekayaan lebih tinggi = kita dapat menampung kadar inflasi yang bertambah.

Jika kadar inflasi bertambah 150%, nilai kekayaan bertambah 400%, kita mempunyai buffer atau reserve sebanyak 550% kerana inflasi bertambah 150% bermakna kuasa beli makin kurang 150%.

STYLOGOLD
011 5259 9239