Thursday, June 2, 2016

Pandangan Yang Baik Mari Kita Sama-Sama Sebarkan
Dari FB Azizi Ali:

SKIM PELABURAN RAHSIA DAN POWERGOLD IALAH PILIHAN TERBAIK UNTUK SIMPANAN EMAS TULIN(BUKAN SIJIL EMAS & SIJIL PELABURAN)
1. Sejak kebelakangan ini, scam dan skim cepat kaya (SCK) berleluasa di Malaysia. Scam tersebut termasuklah UFun/Unascos, Emas ETA, CPO Trading, Mekah Islamic Hotel, Rich Heritage dan HighwayGroup Resources.
2. Walaupun berbagai expose telah dibuat oleh ramai pakar kewangan serta amaran daripada BNM dan Suruhanjaya Sekuriti, masih ramai orang yang menyertai scam2 ini. Mereka ini kemudiannya menanggung kerugian yang teruk.
3. Modus operandi scam2 ini pada asasnya ialah me-recycle-kan wang pelabur. Tetapi untuk mengaburkan mata mangsa2nya, pengusaha scam mengunakan pelaburan dan/atau bisnes tertentu sebagai topeng i.e. mereka berkata wang dividen/hibah/hadiah yang diberikan kepada ‘pelabur’ adalah hasil untung daripada pelaburan dan/atau bisnes walhal wang itu sebenarnya adalah dari poket ‘pelabur’ sendiri.
4. Berikut adalah beberapa pelaburan dan/atau bisnes yang sering digunakan sebagai topeng oleh pengusaha scam:
Forex
Digital currency
Hotel di Mekah
Crude palm oil
Hartanah
Emas (coin, gelang, rantai, dsb)
Saham IPO
Binatang ternakan (ketam, udang, ikan, kambing, lembu, dsb)
Tanaman (cili, getah, dsb)
Dinar Iraq
5. Apa yang lebih menakutkan ialah saya rasa semua scam dan SCK ini tidak akan berhenti dalam sehari dua ini. Malah jumlahnya hanya akan bertambah apabila lebih ramai crook menyedari pulangan hebat yang menanti mereka dalam SCK.
6. Tetapi sudah tentu crook ini tak akan mengunakan pelaburan dan/atau bisnes yang saya sebut di atas sebab ramai orang sudah terkena atau sedar situasi sebenarnya. Jadi mereka akan menukar produknya supaya ‘pelabur’ terus menerus tertipu. Produk2 baru tersebut mungkin termasuk minyak, perak dan harta karun.
7. Malah saya rasa yang akan muncul satu skim yang dimana sipengusaha scam akan berkata: “SKIM KAMI INI ADALAH RAHSIA. Oleh kerana keuntungannya begitu menarik (25% setiap 10 hari), kami tidak boleh menceritakan apa pelaburan dan bisnes kami sebab takut pesaing kami mencuri idea itu. Cukuplah untuk kami menceritakan yang CEO kami adalah seorang Dato Sri dan diantara orang Melayu terkaya di Malaysia (sebab itulah dia tak mahu namanya digembar-gemburkan; takut orang lain jealous). Jadi anda tak perlu bimbang sebab ini REAL BUSINESS, REAL INVESTMENT DAN REAL PEOPLE. Jadi ANDA TERPAKSA UNTUNG dalam skim kami. Percayalah kepada kami dan INSYA ALLAH anda akan menjadi jutawan tak lama lagi.”
8. As ridiculous as it sounds, ianya pasti akan berlaku tak lama lagi! Dan ramai orang pasti akan ‘meleburkan’ wang mereka di sana!