POWERGOLD BUKAN SYARIKAT PELABURAN
Soalan: Ada sebuah program pelaburan yang memberikan
keuntungan bulanan yang luar biasa, modal akan dipulang selepas setahun. Dulu
ramai yang tanya kenapa tidak ada penasihat Syariah. Sekarang syarikat tersebut
sudah melantik penasihat Syariah. Adakah dengan melantik penasihat sudah cukup?
Jawapan
Tidak semestinya melantik penasihat Syariah, sudah cukup.
Pertama perlu dilihat kelayakan penasihat Syariah tersebut.
Seeloknya bukan seorang sahaja, tetapi sekurang2 nya 2 atau 3 org, supaya keputusan
dibuat secara kolektif.
Kedua, perlu ada terms of reference memperuntukkan kuasa dan
bidang kuasa Penasihat Syariah.
Ketiga, perlu ada mesyuarat Ajk Syariah/ penasihat Syariah,
dengan minit mesyuarat.
Keempat, perlu ada Syariah sekretariat untuk buat kajian,
menyediakan kertas kerja mesyuarat, semakan dalaman dalam SOP, manual peoduk
dan mencatat minit mesyuarat.
Kelima, perlu ada sijil atau pengakuan patuh Syariah dan
hujah2 kenapa ia patuh Syariah daripada Penasihat/ Ahli Jawatankuasa Syariah
setelah meneliti keseluruhan kerangka produk. Perlu ada pengesahan patuh
Syariah tahunan ke atas seluruh operasi syarikat dan setelah dilihat laporan
kewangan tahunan.
Keseluruhannya, walaupun sudah ada penasihat Syariah,
sekiranya masih ada keraguan, seperti ada unsur2 skim cepat kaya, pulangan yang
amat tinggi yang dijaminkan dan jaminan modal, maka lebih baik dihindari,
kerana ada sesetengah penganjur skim cepat kaya hanya menggunakan seseorang
kononnya dilantik sebagai penasihat Syariah, tetapi hanyalah sebagai
"kambing hitam" untuk memancing pelabur.
Wallahua'lam.